REVIU: vendetta fc vs zephyrs

assalamualaikum wbt. bertemu lagi kita dalam segmen reviu perlawanan. kali ni, perlawanan antara fc vendetta dengan zephyrs.

setelah tewas mengejut di tangan daio pada minggu lepas, vendetta fc telah berada di kedudukan yang jauh ke bawah di dalam senarai pasukan underdogs. ini telah menyebabkan penonton biasa mula meramalkan kemenangan mudah untuk zephyrs, pasukan yang menjadi naib juara liga sebelum ini.

apa-apa pun, sebelum kita melangkah ke sesi seterusnya, inilah kesebelasan vendetta fc untuk petang ini:

GK: chaknga ubi
LB: mici wei
CB: nizam (k), balang
RB: shahrir
CM: afiq smaso, peja, tokey, apit
LM: arel
RM: dauh

dengan corak permainan seperti pasukan kebangsaan sepanyol, false #9, vendetta fc tidak meletakkan sebarang penyerang utama.

TIMELINE

separuh masa pertama
0': perlawanan bermula
5': kekasaran pemain zephyrs. tiada tindakan daripada pengadil.
7': bola terkena tangan pemain zephyrs. tiada tindakan daripada pengadil.
10': kekasaran pemain zephyrs. tiada tindakan daripada pengadil.
15': kekasaran pemain zephyrs, tiada tindakan daripada pengadil.
25': kekasaran pemain zephyrs berhampiran kotak penalti. pengadil memberikan sepakan percuma kepada vendetta fc.
26': dauh mengangkat sepakan percuma. curl yang cantik. terkena palang, masuk dan keluar. kepada yang mengalami masalah imaginasi, sila imbas kembali gol lampard yang dibatalkan pengadil ketika england berdepan jerman di piala dunia 2010. seperti lampard, gol tersebut tidak dikira, walaupun penjaga garisan telah memberi isyarat bola masuk.
30': bola terkena tangan pemain zephyrs. seperti biasa, tiada tindakan daripada pengadil.
33': tiba-tiba dauh berjaya mengelecek bola ke kawasan penalti, dan menghasilkan gol. pengadil macam tak mau bagi gol, tapi dia tiup saja wisel. tak boleh nak buat-buat tak nampak dah.
35': separuh masa pertama tamat.

separuh masa kedua



36': kekasaran pemain zephyrs. tiada tindakan daripada pengadil.
45': bola terkena tangan pemain zephyrs. tiada tindakan daripada pengadil.
50': kekasaran pemain zephyrs. tiada tindakan daripada pengadil.
55': kekasaran pemain zephyrs, tiada tindakan daripada pengadil.
56': afiq smaso berjaya menggelecek dan melepaskan satu sepakan. berjaya diselamatkan penjaga gol zephyrs.
59': kekasaran pemain zephyrs di dalam kotak penalti. pengadil hanya memberikan sepakan percuma kepada vendetta fc.
60': zuhai, bai, amani masuk menggantikan peja, apit dan arel
63': zuhai dilayangkan kad kuning
65': shahrir dilayangkan kad kuning.
70': perlawanan tamat.



analisis permainan



  1. adakah teknologi video diperlukan untuk liga bolasepak utp?
  2. adakah penjaga garisan sebenarnya berguna dalam liga bolasepak utp?
  3. secara keseluruhan, vendetta fc bermain dengan penuh fokus.
  4. afiq smaso seperti biasa bermain seperti contoh teladan beliau, scott parker.
  5. kemenangan ini membawa seribu harapan buat vendetta fc untuk meneruskan perjuangan dalam liga bolasepak utp.
sekian, majulah sukan untuk vendetta fc.
Read More

REVU: vendetta fc v daio

ok, sori aku tak buat previu, terlajak tidoq tengok bola pagi tadi. so kita terus ke reviu perlawanan.
aku tak reviu detail sangat la ek. ada banyak benda nak kena tulis. so lebih kurang aje ni.

kesebelasan utama vendetta:
GK:chaknga
CB: afiq (k), balang
RB: shahrir
LB: mici
MF: afiq smaso, amani, tokey,
RW: dauh
LW: are;
ST: nizam

separuh masa pertama

0': perlawanan bermula.
6': bola terkena tangan afiq, daio mendapat sepakan percuma di hadapan pintu gol. percubaan gagal, bola melepasi palang.
14': diao mendapat sepakan percuma di sebelah kiri gol, ditahan afiq.
15': bola terkena tangan afiq di kawasan yang sangat berhampiran dengan kawasan penalti. daio were lucky with the benefit of the doubt, mereka mendapat sepakan penalti. disempurnakan dengan baik.
16': vendetta fc mendapat sepakan penjuru.
18': tiba-tiba daio berjaya lepas perangkap offsaid. berjaya lepas atau tidak, itu kita tak pasti. pengadil nampak macam sangat yakin aje. kita percaya mutu pengadilan para pengadil berada pada tahap yang tinggi.
19': vendetta mendapat sepakan percuma. diangkat dauh, kekalutan berlaku di hadapan pintu gol. penjaga gol daio kelihatan menolak afiq sehingga jatuh. giliran vendetta mendapat sepakan percuma.
20': sepakan penalti disempurnakan dauh. sinar kegembiraan terpancar di kem vendetta.
23': kekalutan berlaku lagi, kali ni kat depan pintu gol vendetta. kesilapan pertahan mengakibatkan gol kedua daio.
24': kedengaran penyokong kem daio mula menganjing kem vendetta.

separuh masa kedua


35': separuh masa kedua bermula.
37: dauh berjaya melengkapkan through pass kepada nizam. percubaan diselamatkan penjaga gol. sepakan percuma untuk vendetta fc.
42': kad kuning dilayangkan kepada afiq kerana kekasaran terhadap pemain daio di luar kotak penalti. kad kuning pertama untuk vendetta fc dalam edisi kali ini.
43': sepakan percuma daio disempurnakan dengan baik sekali. terkena kepala pemain pertahanan, namun kekuatan sepakan tersebut menyebabkan bola tetap masuk ke dalam gawang. kedudukan sekarang, 1-3.
45': afiq smaso dan tokey dikeluarkan untuk memberi ruang kepada apit dan amirul afif.
46': daio menyerang lagi. chaknga beaten, nasib baik terkena palang.
48': daio mendapat sepakan sudut, kekalutan di hadapan pintu gol menyebabkan terbolos lagi satu gol.
50': bai, zuhai dan zakry masuk menggantikan arel, mici, dan dauh
56': pemain daio mendapat kad kuning.
58': pemain daio mendapat kad kuning lagi. amani pulak dikasari.
62': pertahanan bolos. bolos lagi satu gol. adeh.
70': tamat permainan.

analisa perlawanan
1. persefahaman kurang.
2. latihan kurang.
3. kalut.
4. secara kolektif, semua orang salah.
5. tapi, mutu permainan boleh ditingkatkan lagi.


 perlawanan lepas ini adalah perlawanan penutup kumpulan c, yakni menentang zephyrs. ok la lepas ni aku buat reviu dan previu. sekian terima kasih.

Read More

jadual perlawanan peringkat kumpulan.

ini untuk rujukan semua.

update baru

seperti yang kita semua dapat lihat, perlawanan vendetta fc akan berlangsung pada hari sabtu ni, menentang diao. nanti aku buat previu perlawanan ye. terima kasih~
Read More

REVIU: vendetta fc v juntar fc

sori la lambat report.

haha, buat pembaca yang tak tahu, liga utp ni lain sikit format dia. separuh masa hanyalah 35 minit, berbanding 45 yang digunakan fifa. so jangan konfius pulak baca timeline game.

kesebelasan pertama:


GK: chaknga
LB: mici
CB: afiq, balang
RB: shahrir
DM: afiq smaso
CM: peja ('49), apit
LM: arel ('60)
RM: dauh
CF: nizam

separuh masa pertama


'5: percubaan dari nizam dihalang penjaga gol. shahrir pulak mencuba masa sepakan penjuru.
'9: through ball dari nizam kepada dauh, percubaan dauh gagal, kena palang 2x.
'13: percubaan dari pasukan juntar fc, diselamatkan.
'20: percubaan dari pasukan juntar fc, tersasar.
'22: vendetta fc mendapat sepakan percuma. disempurnakan dengan baik oleh dauh, gagal ditanduk kemas nizam.
'29: percubaan dari pasukan juntar fc, tersasar.
'31: pecubaan dari pasukan juntar fc, chaknga sudah tewas, nasib baik ada shahrir.

separuh masa kedua


'41: percubaan jarak jauh dari arel, diselamatkan penjaga gol.
'49: pertukaran pemain: zuhai menggantikan peja.
'55: percubaan nizam, tersasar.
'57: percubaan nizam, tersasar jugak.
'60: pertukaran pemain: bai menggantikan arel.
'63: balang bagi tangan kena bola, juntar fc mendapat sepakan percuma yang tak dapat mengapa-apakan vendetta fc, balang nasib baik tak dapat apa-apa jugak.
'67: GOL! hantaran cantik dari shahrir kepada apit di sebelah kanan padang telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh apit. gelecek lebih kurang, lepas tu skor.
'70: tamat permainan

analisis permainan
  1. sentuhan penyudah kurang menyengat. banyak percubaan yang tersasar.
  2. keeper macam tak konfiden aje. katanya, bola tu keras sikit, so tak berapa boleh nak bajet tinggi lantunan.
  3. juntar fc suka bermain through pass sebab ada striker laju. terdapat beberapa kali striker terlepas. nasib baik dia punya finishing tak boleh blah.
  4. afiq smaso memang mencuri tumpuan dengan kerajinan dan semangat ketika bermain.
  5. secara keseluruhan, kesefahaman antara pasukan boleh ditingkatkan lagi.



apa-apa pun, perlawanan pembuka tirai yang baik, walaupun ramai yang tak ada minggu ni, kita tetap berjaya menang. semoga momentum ini akan dapat diteruskan lagi untuk perlawanan-perlawanan akan datang.

Read More

PREVIU: vendetta fc vs juntar fc

setelah sekian lama menyepi, hari ini bermulalah perjalanan vendetta fc dalam liga utp 2012. aku nak mintak maaf sebab malas nak update blog. blog aku pon dah tak terjaga sangat. haha. takpa, semoga lepas ni jadi rajin balik update ye.

kembali kepada topik.

lawan pertama vendetta fc untuk liga tahun ini adalah juntar fc. walaupun nama pasukan tak pernah didengari sebelum ni, itu tidak bermakna ahli pasukan tak power.

power juga sebenarnya.

juntar fc dibarisi pemain-pemain dari pelbagai latar belakang. ada yang dari vendetta fc sendiri, chancito, dan kaiser. (ni chaknga dan sopek bagitau). oleh kerana setiap pasukan ini mempunyai corak permainan tersendiri, corak permainan yang dimiliki juntar fc sendiri sudah pasti pelbagai. ini mungkin mengakibatkan vendetta fc mengalami sedikit kesukaran dalam menyusun strategi berhadapan mereka, tambahan pula, ini adalah perlawanan pertama juntar fc, terlalu sedikit data untuk dianalisis sebelum permainan.

benefits of being the underdogs, maybe.

tapi, bukanlah kita hendak menghormati pasukan lawan secara melampau-lampau. insyaAllah, berkat latihan, dan kerjasama yang telah dipupuk setelah sekian lama antara pemain vendetta fc yang baru dan lama, kita mampu menghadapi cabaran yang akan dihadapi petang ini.

one step at a time. you can only defeat what's in front of you.

semoga perlawanan petang ni meriah dengan aksi. kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. jumpa di padang!

------------------------------------------------------------------------------
FAKTA PERLAWANAN:

vendetta fc vs juntar fc
padang A
530 petang

barisan kemungkinan pemain:
vendetta fc: semua yang ada dalam senarai nama yang didaftarkan.
juntar fc: semua yang ada dalam senarai nama yang didaftarkan.
-----------------------------------------------------------------------------
Read More