Saturday, February 27, 2010

REVIU : vendetta menetang nagasakti.

di mana ada gao sopek sebagai pengurus. di situ mesti hujan. itulah perumpaan yang dapat dikias menjelang perlawanan sulung vendetta fc menentang nagasakti fc sebentar tadi. hujan renyai-renyai sebelum bermulanya perlawanan agak menggusarkan sufi nordin. jurufoto rasmi vendetta. dia cakap kamera dia tak kalis air.

ok! sedikit sebanyak mengenai pasukan nagasakti. pasukan ini dianggotai oleh pelajar yang masuk utp pada semester januari 2008. junior kami 1 sem. ada muka macam babyface. ada muka orang tua. ada muka yang kita tak nampak. ok. maafkan aku kerana bersikap agak rasis tu.

------------------
barisan pemain:


GK : syukri jamil@chaknga ubi.
SB : azahari ayop. afif ismail.
CB : balang hilmi. aiman amsterdam.
SW : afiq.
MF : ahmad zuhairie. aiman watagoal.
LW : arell.
RW : jermaine pennant. eh. daus.
ST : nizam.

pemain gantian:
mici.
wan cekang.
mamok ragbi.
hafeez batang.
------------------

sepak mula pada pukul 530. semua orang. kecuali pemain. pengadil dan penjaga garisan menggunakan payung. sufi nordin menampar dahi. menyesal kerana terlupa membawa payungnya.

perlawanan bermula dengan permainan agresif daripada vendetta. lorongan demi lorongan cantik yang dihasilkan aiman watagoal sangat menghiburkan. micheal paan yang tiba-tiba jatuh dari langit sangat bergembira memerhatikan perlawanan itu tadi. namun begitu. kekurangan pada jentera serangan yang diketuai nizam sedikit mencacatkan permainan. kadang-kadang ramai orang terasa macam tengah tengok arsenal main. passing cantik. finishing bodoh. sabaq jela pah oi.

pasukan nagasakti nampaknya telah menjalankan latihan rahsia: latihan menendang bola ke arah pemain lawan. menarik sungguh skil tersebut. dan hasilnya. setelah beberapa kali percubaan ke arah tangan pemain vendetta. afiq dilayangkan kad kuning pertama untuk pasukan vendetta. di dalam kotak penalti. aduh. dapat penalti pulak. what the?

seluruh pandangan tertumpu ke arah penjaga gol. syukri jamil. syukri jamil yang memang dikenali sebagai chaknga sejak di bangku sekolah dahulu memang berasa cuak. tambahan pula kanta sesentuh yang dipakai kurang berkesan ketika itu. apa tidaknya. pemain nagasakti menendang ke kiri. chaknga melompat ke arah kanan.

oh siapa kata bola masuk?

rupa-rupanya. chaknga memiliki penunggu tiang. tiba-tiba. bola itu tertarik ke arah tiang. dan melantun keluar. wow. nasib baik. semua orang terpaku. dan akhirnya bola tu keluar dari garisan.

wow. berkat sungguh doa afiq sebelum perlawanan.

perlawanan kembali rancak. pada minit ke-37. semua orang menyangka separuh masa pertama akan berkesudahan tanpa jaringan. namun. secara tiba-tiba. pemain yang harus dilihat (player to watch). ahmad zuhairie. tiba-tiba membuat gerakan solo yang cantik. dan akhirnya berjaya memperdayakan penjaga gol nagasakti. en __________.

1-0.

semua orang bersorak kegembiraan. para vendetta bermain dengan penuh semangat menjelang tiupan wisel separuh masa. namun. kegembiraan tidak lama. kesilapan bahagian pertahanan mengakibatkan syukri jamil. dan penunggu tiangnya. terpedaya dengan bola cip yang dilancarkan pemain nagasakti. en ________. akhirnya. termasuk jua.

1-1.

gol tersebut menamatkan separuh masa pertama.

pada separuh masa kedua. pertukaran berlaku. giliran mici. wan. mamok. dan batang dimasukkan. permainan berubah sedikit. ahmad zuhairi kelihatan agak pancit. mana tidaknya. berlari ke hulu ke hilir. john travolta pun pasti akan pancit jika berterusan sedemikian. haha.

kealpaan pemain gantian super. mamok. dan juga kesilapan pengadil. 1 gol ofsaid terhasil. semua orang tak puas hati. yang puas hati hanya pemain nagasakti. meraikan dengan penuh gilang-gemilang. macam menang piala dunia. memang sangat berperangai adebayor. berani depa raikan kat depan kami. cis.

1-2.

ketika permainan bertambah rancak. pemain nagasakti mula membuang masa. menendang ke arah lombong. menendang ke arah laut. menendang ke arah para penonton. menendang ke arah blogger dan penterjemah. dan lain-lain lagi. cis sungguh tidak bersemangat kesukanan langung la depa ni. cis. pengadil juga tidak membantu. kelihatan sangat berat sebelah sebentar tadi. mungkin pemain nagasakti dibenarkan menggunakan tangan ketika bermain. siapa tahu?

ketika permainan menghampiri penamat. tiba-tiba berlaku kekalutan di hadapan pintu gawang. semua berebut-rebut untuk menjaringkan gol. sehingga blogger dan penterjemah tidak dapat melihat siapakah pemain yang menjaringkan gol. kita kata penjaga gol menjaringkan gol sendiri jela ek.

2-2.

masa ni. giliran kami pulak. meraikan gol. macam menang piala dunia. cis. baru padan muka kau. masa masih ada untuk cuba mengejar. namun. apakan daya. masa tamat begitu sahaja.

keputusan akhir. vendetta fc 2 - 2 nagasakti fc.

masih banyak yang perlu diperbaiki vendetta. bak kata pengurus. namun perkara yang harus diperbaiki itu. biarlah dirahsiakan untuk kepentingan bersama. kami perlu mengelak sebarang risiko intipan. tadi ada pengintip dari pasukan lawan datang memerhatikan perlawanan. siap bawak buku nota lagi. wow.

perlawanan seterusnya akan berlangsung antara vendetta fc menentang jupan fc. 1 lagi pasukan sama usia. mari kita doakan perlawanan yang menarik pada hari itu. sekian.

4 comments:

Najeb said...

haha.nice one lah!

February 27, 2010 at 11:04 PM
pompomgirl said...

go vendetta go

February 28, 2010 at 12:48 AM
sang dewa hijau said...

nice2...good job to azwan bakhtiar jamili

February 28, 2010 at 12:10 PM
kecik nagasakti said...

nice reviu..
but sori, 1st goal 2 silap defend nagasakti sendiri.. bukan 'gerakan solo'... harap maklum

March 4, 2010 at 4:48 PM