Friday, June 1, 2012

PREVIU: vendetta fc vs juntar fc

setelah sekian lama menyepi, hari ini bermulalah perjalanan vendetta fc dalam liga utp 2012. aku nak mintak maaf sebab malas nak update blog. blog aku pon dah tak terjaga sangat. haha. takpa, semoga lepas ni jadi rajin balik update ye.

kembali kepada topik.

lawan pertama vendetta fc untuk liga tahun ini adalah juntar fc. walaupun nama pasukan tak pernah didengari sebelum ni, itu tidak bermakna ahli pasukan tak power.

power juga sebenarnya.

juntar fc dibarisi pemain-pemain dari pelbagai latar belakang. ada yang dari vendetta fc sendiri, chancito, dan kaiser. (ni chaknga dan sopek bagitau). oleh kerana setiap pasukan ini mempunyai corak permainan tersendiri, corak permainan yang dimiliki juntar fc sendiri sudah pasti pelbagai. ini mungkin mengakibatkan vendetta fc mengalami sedikit kesukaran dalam menyusun strategi berhadapan mereka, tambahan pula, ini adalah perlawanan pertama juntar fc, terlalu sedikit data untuk dianalisis sebelum permainan.

benefits of being the underdogs, maybe.

tapi, bukanlah kita hendak menghormati pasukan lawan secara melampau-lampau. insyaAllah, berkat latihan, dan kerjasama yang telah dipupuk setelah sekian lama antara pemain vendetta fc yang baru dan lama, kita mampu menghadapi cabaran yang akan dihadapi petang ini.

one step at a time. you can only defeat what's in front of you.

semoga perlawanan petang ni meriah dengan aksi. kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. jumpa di padang!

------------------------------------------------------------------------------
FAKTA PERLAWANAN:

vendetta fc vs juntar fc
padang A
530 petang

barisan kemungkinan pemain:
vendetta fc: semua yang ada dalam senarai nama yang didaftarkan.
juntar fc: semua yang ada dalam senarai nama yang didaftarkan.
-----------------------------------------------------------------------------

0 comments: