Sunday, June 10, 2012

REVU: vendetta fc v daio

ok, sori aku tak buat previu, terlajak tidoq tengok bola pagi tadi. so kita terus ke reviu perlawanan.
aku tak reviu detail sangat la ek. ada banyak benda nak kena tulis. so lebih kurang aje ni.

kesebelasan utama vendetta:
GK:chaknga
CB: afiq (k), balang
RB: shahrir
LB: mici
MF: afiq smaso, amani, tokey,
RW: dauh
LW: are;
ST: nizam

separuh masa pertama

0': perlawanan bermula.
6': bola terkena tangan afiq, daio mendapat sepakan percuma di hadapan pintu gol. percubaan gagal, bola melepasi palang.
14': diao mendapat sepakan percuma di sebelah kiri gol, ditahan afiq.
15': bola terkena tangan afiq di kawasan yang sangat berhampiran dengan kawasan penalti. daio were lucky with the benefit of the doubt, mereka mendapat sepakan penalti. disempurnakan dengan baik.
16': vendetta fc mendapat sepakan penjuru.
18': tiba-tiba daio berjaya lepas perangkap offsaid. berjaya lepas atau tidak, itu kita tak pasti. pengadil nampak macam sangat yakin aje. kita percaya mutu pengadilan para pengadil berada pada tahap yang tinggi.
19': vendetta mendapat sepakan percuma. diangkat dauh, kekalutan berlaku di hadapan pintu gol. penjaga gol daio kelihatan menolak afiq sehingga jatuh. giliran vendetta mendapat sepakan percuma.
20': sepakan penalti disempurnakan dauh. sinar kegembiraan terpancar di kem vendetta.
23': kekalutan berlaku lagi, kali ni kat depan pintu gol vendetta. kesilapan pertahan mengakibatkan gol kedua daio.
24': kedengaran penyokong kem daio mula menganjing kem vendetta.

separuh masa kedua


35': separuh masa kedua bermula.
37: dauh berjaya melengkapkan through pass kepada nizam. percubaan diselamatkan penjaga gol. sepakan percuma untuk vendetta fc.
42': kad kuning dilayangkan kepada afiq kerana kekasaran terhadap pemain daio di luar kotak penalti. kad kuning pertama untuk vendetta fc dalam edisi kali ini.
43': sepakan percuma daio disempurnakan dengan baik sekali. terkena kepala pemain pertahanan, namun kekuatan sepakan tersebut menyebabkan bola tetap masuk ke dalam gawang. kedudukan sekarang, 1-3.
45': afiq smaso dan tokey dikeluarkan untuk memberi ruang kepada apit dan amirul afif.
46': daio menyerang lagi. chaknga beaten, nasib baik terkena palang.
48': daio mendapat sepakan sudut, kekalutan di hadapan pintu gol menyebabkan terbolos lagi satu gol.
50': bai, zuhai dan zakry masuk menggantikan arel, mici, dan dauh
56': pemain daio mendapat kad kuning.
58': pemain daio mendapat kad kuning lagi. amani pulak dikasari.
62': pertahanan bolos. bolos lagi satu gol. adeh.
70': tamat permainan.

analisa perlawanan
1. persefahaman kurang.
2. latihan kurang.
3. kalut.
4. secara kolektif, semua orang salah.
5. tapi, mutu permainan boleh ditingkatkan lagi.


 perlawanan lepas ini adalah perlawanan penutup kumpulan c, yakni menentang zephyrs. ok la lepas ni aku buat reviu dan previu. sekian terima kasih.

0 comments: