Friday, June 15, 2012

REVIU: vendetta fc vs zephyrs

assalamualaikum wbt. bertemu lagi kita dalam segmen reviu perlawanan. kali ni, perlawanan antara fc vendetta dengan zephyrs.

setelah tewas mengejut di tangan daio pada minggu lepas, vendetta fc telah berada di kedudukan yang jauh ke bawah di dalam senarai pasukan underdogs. ini telah menyebabkan penonton biasa mula meramalkan kemenangan mudah untuk zephyrs, pasukan yang menjadi naib juara liga sebelum ini.

apa-apa pun, sebelum kita melangkah ke sesi seterusnya, inilah kesebelasan vendetta fc untuk petang ini:

GK: chaknga ubi
LB: mici wei
CB: nizam (k), balang
RB: shahrir
CM: afiq smaso, peja, tokey, apit
LM: arel
RM: dauh

dengan corak permainan seperti pasukan kebangsaan sepanyol, false #9, vendetta fc tidak meletakkan sebarang penyerang utama.

TIMELINE

separuh masa pertama
0': perlawanan bermula
5': kekasaran pemain zephyrs. tiada tindakan daripada pengadil.
7': bola terkena tangan pemain zephyrs. tiada tindakan daripada pengadil.
10': kekasaran pemain zephyrs. tiada tindakan daripada pengadil.
15': kekasaran pemain zephyrs, tiada tindakan daripada pengadil.
25': kekasaran pemain zephyrs berhampiran kotak penalti. pengadil memberikan sepakan percuma kepada vendetta fc.
26': dauh mengangkat sepakan percuma. curl yang cantik. terkena palang, masuk dan keluar. kepada yang mengalami masalah imaginasi, sila imbas kembali gol lampard yang dibatalkan pengadil ketika england berdepan jerman di piala dunia 2010. seperti lampard, gol tersebut tidak dikira, walaupun penjaga garisan telah memberi isyarat bola masuk.
30': bola terkena tangan pemain zephyrs. seperti biasa, tiada tindakan daripada pengadil.
33': tiba-tiba dauh berjaya mengelecek bola ke kawasan penalti, dan menghasilkan gol. pengadil macam tak mau bagi gol, tapi dia tiup saja wisel. tak boleh nak buat-buat tak nampak dah.
35': separuh masa pertama tamat.

separuh masa kedua



36': kekasaran pemain zephyrs. tiada tindakan daripada pengadil.
45': bola terkena tangan pemain zephyrs. tiada tindakan daripada pengadil.
50': kekasaran pemain zephyrs. tiada tindakan daripada pengadil.
55': kekasaran pemain zephyrs, tiada tindakan daripada pengadil.
56': afiq smaso berjaya menggelecek dan melepaskan satu sepakan. berjaya diselamatkan penjaga gol zephyrs.
59': kekasaran pemain zephyrs di dalam kotak penalti. pengadil hanya memberikan sepakan percuma kepada vendetta fc.
60': zuhai, bai, amani masuk menggantikan peja, apit dan arel
63': zuhai dilayangkan kad kuning
65': shahrir dilayangkan kad kuning.
70': perlawanan tamat.



analisis permainan



  1. adakah teknologi video diperlukan untuk liga bolasepak utp?
  2. adakah penjaga garisan sebenarnya berguna dalam liga bolasepak utp?
  3. secara keseluruhan, vendetta fc bermain dengan penuh fokus.
  4. afiq smaso seperti biasa bermain seperti contoh teladan beliau, scott parker.
  5. kemenangan ini membawa seribu harapan buat vendetta fc untuk meneruskan perjuangan dalam liga bolasepak utp.
sekian, majulah sukan untuk vendetta fc.

0 comments: