Saturday, March 6, 2010

logo pasukan. akhirnya?

ok. entri kali ini untuk memperkenalkan sejarah dalam pembuatan logo vendetta. vendetta merupakan sebuah pasukan yang agak lambat dalam menyiapkan logo. semua sibuk dengan latihan. terlupa tentang kepentingan sesi bergambar.

oh sangat berdedikasi.

ketua unit PnP telah menjalankan usaha membuat logo. namun akhirnya dia segan nak tunjukkan hasil. maka tugas tersebut diamanahkan kepada pemain vendetta. apit. beliau telah menjalankan beberapa sampel.

sampel pertama:
apit menggabungkan elemen unik dan gagah dalam logo ni. kelihatan umpama gabungan logo fairytail dan juga twisties. lembu tu menunjukkan nafsu. dan kegagahan kami. untuk mencapai kejayaan. perkataan vendetta diletakkan di tengah-tengah untuk menunjukkan kesatuan.

sampel kedua:
ada orang komen bahawa lembu putih tak cukup berahi. ok. apit tukar kepada warna merah. agak ganas. tapi paduan warna kurang menjadi. sampel ketiga perlu diusahakan.

sampel ketiga:
menggabungkan pendapat para pemain yang mahukan elemen V dan juga topeng (merujuk kepada filem v for vendetta) akhirnya logo ini terhasil. kelihatan sangat ganas. sangat vendetta. sangat kelihatan seperti kami. perkataan vendetta football club diletakkan di bawah. menunjukkan asal-usul kami.

ok logo ni masih belum dirasmikan. saja nak tunjuk awal. nantikan preview untuk perlawanan menentang jupanFC.

0 comments: