Wednesday, March 3, 2010

teguran terbuka terhadap pengurusan liga utp.

setiap tahun. liga utp akan berlangsung. dan setiap tahun. akan wujud blog rasmi liga tersebut. dan setiap kali ada blog tu. mesti blog tu amat sukar dikemaskini.

ini merupakan sesuatu yang sukar diterima.

alasan yang diberikan adalah:

1. mereka sibuk dengan urusan lain. ada ujian. kuiz. dan segala jenis kerja yang berkaitan akademik.
2. mereka sibuk dengan masalah yang melanda sepanjang liga.
3. cukuplah sekadar kemas kini kat laman sesawang facebook.

sekali lagi aku cakap:
ini merupakan sesuatu yang sukar diterima.

1. aku faham. semua orang sibuk. tapi. kita kena la selalu kemas kini. tak semua orang sempat tengok. oleh itu. blog merupakan cara paling mudah untuk mendapatkan maklumat. tak perlu terlalu terperinci. tulis setakat yang perlu saja. cukup sekadar keputusan perlawanan. yang lain boleh ditambah kemudian.

2. masalah sepanjang liga? itu juga bukan sesuatu yang perlu difikirkan pengemaskini blog. sepatutnya unit promosi dan publikasi memilih seseorang, yang tugasnya hanya mengemaskini blog. biarkan dia bergerak secara bebas. tak perlu bagi dia kerja lain. kurang-kurang ada orang untuk dimaki secara terus.

3. kemaskini melalui facebook merupakan langkah orang yang malas. di situ. sesiapa pun boleh nak spam. tiada masalah langsung. tengok sajalah foreigner yang suka sangat bangga dengan pasukan dia. orang bukan nak baca semua benda tu. orang nak maklumat terkini.


cadangan dari pihak vendetta:

1. lantik seorang blogger tetap untuk blog rasmi tersebut.
2. buat kerja dengan pantas.
3. letak nama dan muka orang yang terlibat dengan liga utp ni. sampai sekarang tak tau siapa ketua. takut kami semua maki ka?
4. kurangkan penggunaan annonymous dalam chatbox. semua guna nama macam bangang. 'saya hensem' la. 'lepak' la. apa jadah? ni pun jenis tak berani nak kena maki secara terus. asyik nak menyorok saja.

cakap banyak tak guna. buat kerja elok. semua orang puas hati. semoga pihak pengurusan liga utp menerima entri ini dengan penuh keterbukaan. kami di pihak vendetta mahukan segalanya berjalan dengan lancar. tanpa masalah-masalah besar.

sekian.

3 comments:

-rye- said...

wow. haha.

March 3, 2010 at 7:28 PM
hadio said...

btol btol.
lg 1, ak xphm npe utpleague xsemeriah liga2 bola kt u ln cm uitm or uthm.
glamor skadar kt teams yg join n awek2/member2 players shj.
leh wt lg gmpak kot.
lalala.

March 6, 2010 at 1:45 PM
league player said...

btol2. name scorer pon sala.penat aq score.tp xde name :P. ball picker xde. ceh. tiap2 taon bwt tp still x organize.

March 9, 2010 at 4:20 PM