Sunday, March 7, 2010

REVIU : menentang jupanFC.

alo! kembali kita bertemu di blog ini. sebentar tadi. pasukan vendetta baru sahaja menentang pasukan jufri hazlan. eh. jupanFC. seperti yang telah diterangkan pada reviu yang lalu. mereka terdiri daripada pasukan yang sama usia dengan kami. oleh itu. dapatlah disimpulkan bahawa ini merupakan perlawanan derbi. merseyside mungkin. haha.

barisan pemain:


separuh masa pertama.

permainan dimulakan dengan rentak perlahan. semua orang baru bangun tidur. tambahan pula. panas terik memancar. maka tidak hairanlah abdul hadi yusoff membawa payung BHPetrol. tetapi dia tak guna pun payung tu. what the?

permainan agak seimbang. kedua-dua pasukan saling menyerang. perubahan taktikal yang dilakukan sopek^kiut agak menjadi. hantaran-hantaran kemas sentiasa dilakukan. jupanFC juga tidak kurang juga. hantaran cantik.

tapi. seperti perlawanan sebelumnya. gerakan-gerakan cantik itu. masih tidak dapat menghasilkan jaringan.

jupanFC memiliki seorang pemain on loan dari everton. fellaini. memang main secara defensif. sehingga menghasilkan beberapa faul.

separuh masa pertama tamat.

perubahan taktikal berlaku lagi kali ni. tapi penulis tak tau sebab masa tu dok sembang dengan shahrir ibrahim tentang ujian analog pada hari rabu ini. penulis percaya tiada siapa yang mahu membaca perenggan ini. kalau nak baca jugak. baca la. kalau tak mau. teruskan ke perenggan seterusnya.

separuh masa kedua.

pertukaran pemain mula dijalankan. untuk memberi kaki-kaki yang segar. (fresh legs). perlawanan masih lagi seimbang.

permainan semakin rancak ketika menuju ke penghujung. pada pukul 643 petang. aiman watagoal telah menghasilkan satu hantaran lintang ke tempat yang sangat kosong. dan berbekalkan kelajuan yang ada. daus berjaya menjelmakan diri ke situ. dan menyambut bola. dengan kaki. dan! (huh huh. penat. semangat gila ni) berjaya mengecip bola tersebut. melepasi penjaga gol jupanFC. zul.

1-0.

jupanFC cuba mengejar kembali. hasilnya. siap membawa masuk bekas pemain liverpool. peter crouch. masuk-masuk dah nak tanduk bola. haha. beberapa minit kemudian. minit keberapa tah. (tak ada jam). pemain jupanFC membuat satu percubaan jarak jauh. mencuba mengecip penjaga gol. chaknga ubi. kami semua berasa risau. namun. penunggu belaan chaknga. berjaya menolak bola keluar gol. hebat bukan?

semua orang yang berkaitan dengan vendetta menjerit. gembira. mereka menyangkakan perlawanan ini akan berkesudahan seri 0-0. akhirnya ada juga gol.

permainan betul-betul rancak ketika ini. cuak wo. pada minit-minit akhir. vendetta mula kelihatan kalut. dan jupanFC juga bersama-sama kalut. akhirnya. tak ada gol yang terhasil.

mici dimasukkan sebagai pembuang masa. dan beliau berjaya membuang masa. tahniah.

keputusan akhir. vendetta FC 1 - 0 jupanFC.

seperti biasa. masih banyak yang boleh diperbaiki dalam mutu permainan vendetta. namun demikian tempoh selama hampir sebulan sebelum menentang pasukan asing. nissaFC. seharusnya digunakan semaksima mungkin.

---
anugerah untuk hari ini:

-pemain terbaik perlawanan : aiman watagoal. hantaran lintang tercantik pernah penulis tengok secara langsung.

-penyokong terbaik perlawanan : isPan. membuat pengumuman terbuka tentang shinpad yang tertanggal dari pemain jupanFC. aidil. sangat jujur.

----

oleh itu. kita jumpa lagi pada hari dan waktu yang sama. bulan depan. sekian.

oh jangan tinggal solat tau!

5 comments:

Najeb said...

rugi aku x p..
klu x leh tgk hantaran lintang tercantik aiman watagoal!huhu!

March 8, 2010 at 11:00 AM
gula-gula said...

x bawak dah payung pasni.
kepada penulis, jgn harap dpt tumpang.hahaha..

thx yg tlg anta pyg keramat. d'jernih bagi tuh

March 8, 2010 at 11:57 PM
hud said...

mici terbaek~~

March 9, 2010 at 1:25 AM
Unknown said...

siot

March 9, 2010 at 7:30 PM
Unknown said...

sopek..xde gmbar trbaru ke?

March 10, 2010 at 2:24 AM